Produk Master Resell Rights (MRR), Banyak Manfaatnya

Selama ini kita tidak sedar mengapa produk MRR begitu diminati ramai. Ini kerana produk-produk yang diberi lesen MRR bukanlah setakat produk digital. Ia adalah produk yang berupaya memberi informasi, tutorial, malah juga mampu memberi kita peluang untuk menjana pendapatan dengan menjualnya semula pada harga yang lebih rendah daripada harga asal yang kita beli dari produk tersebut.

Informasi

Adakalanya kita perlukan sesuatu informasi di internet. Melakukan carian satu persatu menggunakan enjin carian mungkin memakan masa. Dengan adanya produk digital dapat memberi kita informasi secara terus. Walaupun ia mengeluarkan kos, namun ia lebih banyak memudahkan kita.

Video Tutorial

Banyak juga video tutorial yang disertakan dengan lesen MRR. Sudah menjadi trend video lebih digemari berbanding produk digital seperti ebook. Dengan video kita dapat mengikuti satu persatu seperti apa yang ditunjukkan dalam video tersebut. Cuma ikut sahaja. Ia jadi lebih mudah kan?

Peluang Menjana Pendapatan

Kebiasaanya produk MRR yang dibeli dari pemilik asal atau pemilik yang mempunyai lesen PLR adalah lebih tinggi berbanding harga yang kita jual. Ia sebenarnya terpulang kepada kita. Kita berhak untuk menjual dengan harga lebih tinggi atau lebih rendah. Dengan membeli produk MRR kita boleh jual seberapa banyak kuantiti yang kita mahu dengan harga yang kita tetapkan.

Kesimpulannya, produk MRR banyak memberi kita manfaat dan peluang. Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut bagaimana menjana pendapatan melalui produk MRR, satu panduan telah dilancarkan untuk membantu golongan NEWBIE (orang baru).


Diharap apa yang dikongsikan dalam ebook NEWBIEMRR memberi manfaat kepada anda.

Ikhlas,

Fazrul Nizam

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

iklan penaja

INFO ANDA

IP

INFO BLOG


web counter
BBDI Copyright © 2010