Apa itu perniagaan internet?

Mungkin ada yang tidak tahu apa itu perniagaan internet. Kepada mereka yang tahu, adakah anda benar-benar faham apa itu perniagaan internet?

Secara ringkasnya, perniagaan internet ialah perniagaan yang dijalankan di internet. Ia adalah proses jual beli yang dilakukan melalui talian tanpa perlu bersemuka atau pergi ke kedai.

Perniagaan internet boleh dibahagikan kepada dua iaitu produk fizikal dan produk digital.

Produk fizikal ialah produk yang boleh kita lihat, sentuh dan rasa menggunakan deria kita. Contohnya pakaian, alatan elektronik, telefon bimbit dan banyak lagi.

Produk digital pula ialah produk yang kita tidak boleh sentuh dan rasa, tetapi boleh didengar dan dibaca. Contoh seperti buku elektronik (ebook), software, rakaman audio dan video. Produk digital biasanya boleh dimuat turun dan dihantar melalui email.

Kos untuk memulakan perniagaan internet lebih murah berbanding perniagaan di dunia nyata. Jika anda berniaga di dunia nyata, anda perlu menyewa kedai, membayar bil dan gaji pekerja sekurang-kurangnya RM 2 ribu ke atas sebulan.

Bagaimana pula perniagaan internet? Anda hanya perlu menyewa domain name dan tapak hosting untuk memulakan perniagaan internet iaitu kira-kira RM 140 setahun.

Seketika dahulu, Malaysia digemparkan dengan skim-skim pelaburan melalui internet yang dikatakan banyak menipu orang ramai. Ini menyebabkan perniagaan internet dipandang serong oleh segelintir rakyat Malaysia.

Tapi anda harus ingat, perniagaan internet tidak boleh disamakan dengan pelaburan internet.

Sampai di sini sahaja penerangan saya hari ini. Saya akan menerangkan lebih lanjut lagi mengenai perniagaan internet dalam artikel seterusnya.

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

iklan penaja

INFO ANDA

IP

INFO BLOG


web counter
BBDI Copyright © 2010