Pelbagaikan sumber pendapatan anda

Kenapa kita perlu mempunyai lebih dari 1 sumber pendapatan? Tidak cukupkah dengan 1 sumber?

Cuba fikirkan apa akan terjadi jika kita kehilangan satu-satunya sumber pendapatan?
Contoh kita bekerja dengan 1 syarikat, tapi atas sebab yang tidak boleh dieelakkan, syarikat terpaksa memberhentikan kita. Atau satu-satunya bisnes yang kita jalankan mengalami kerugian. Sudah tentu pendapatan kita terhenti. Bukan mudah untuk kita mencari pekerjaan atau bisnes yang stabil dalam masa yang singkat. Bagaimana kita mahu membayar bil-bil dan pinjaman? Sampai bila kita boleh bertahan dengan simpanan? Itulah kelebihan jika kita mempunyai berbagai sumber pendapatan yang lain.

Bagaimana menambah sumber pendapatan?

Terdapat berbagai-bagai jenis sumber pendapatan sampingan yang anda boleh lakukan. Bisnes online atau offline, melabur, berniaga sambilan. Usahawan yang berjaya tidak hanya mempunyai satu jenis perniagaan sahaja, tetapi beberapa jenis perniagaan yang lain. Untung dari perniagaan pula digunakan untuk melabur dan menambahkan lagi pendapatan. Pelaburan pula bukan pada satu akaun sahaja, tetapi beberapa akaun pelaburan lain untuk memastikan untung atau rugi disebarkan.

Ramai yang memiliki perniagaan biasanya akan melabur dengan membeli hartanah, menyewakan pada orang lain untuk memperolehi lebih keuntungan. Ini adalah untuk pelaburan jangka panjang dimana nilai hartanah akan naik dan apabila dijual boleh mendapat keuntungan yang sangat tinggi. Ini juga boleh jadi sumber pendapatan berganda jika dilaburkan dalam beberapa hartanah, bukan pada satu hartanah sahaja. Ia bukan lagi rahsia bahawa industri hartanah telah melahirkan paling ramai jutawan sejak dahulu hingga kini.

Sekarang, adakah anda sedar kelebihan mempunyai sumber pendapatan lebih dari satu? Tunggu apa lagi, cari sumber pendapatan anda yang kedua dan seterusnya.

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

iklan penaja

INFO ANDA

IP

INFO BLOG


web counter
BBDI Copyright © 2010