Pernah dengar pelan perniagaan?

Anda pernah dengar tentang pelan bukan? Ia adalah lakaran atau rancangan yang disediakan untuk sesuatu objek atau perkara. Pelan perniagaan pula ialah rancangan mengenai perniagaan anda.

Bagaimana menyediakan pelan perniagaan untuk perniagaan internet?

Menyediakan pelan perniagaan adalah seperti menyediakan peta minda anda ke arah kejayaan. Ia akan membantu anda mewujudkan matlamat dan strategi perniagaan di samping memberikan lebih pemahaman terhadap pasaran perniagaan anda.

Ia juga akan menyenaraikan kelebihan dan kelemahan perniagaan anda di samping memberi peluang untuk anda memahami pesaing anda.

Pelan perniagaan yang baik akan menunjukkan skop prospek dan bagaimana produk atau perkhidmatan yang anda berikan akan memenuhi kehendak dan jangkaan prospek.

Merancang pelan perniagaan boleh dibahagikan kepada beberapa seksyen seperti:
  • Sinopsis perniagaan - produk atau perkhidmatan yang disediakan.
  • Analisis pasaran - kajian yang dilakukan ke atas produk atau perkhidmatan dan bagaimana prestasi pesaing.
  • Strategi pemasaran - bagaimana untuk melakukan pemasaran
  • Analisis pelanggan - kaji kehendak dan keperluan pelanggan
  • Analisis kewangan - pelaburan yang perlu dibuat untuk memulakan dan memastikan perniagaan bertahan
  • Matlamat perniagaan - kejayaan yang anda harapkan (contoh dalam masa setahun)
Apabila pelan perniagaan tersebut telah siap, jangan pula anda simpan di dalam laci atau di bawah katil. Ia sepatutnya menjadi panduan yang boleh anda rujuk bila perlu.

Pelan perniagaan yang baik tidak semestinya berjela-jela panjang. Cukuplah satu atau dua muka surat yang mudah dan ringkas. Ini merupakan salah satu langkah yang baik untuk memulakan perniagaan internet anda.

1 Komen:

Bayar Online on Monday, December 20, 2010 6:53:00 PM said...

saya pernah dgr..


tu yg saya guna payment button Paypal dlm blog ..boleh tgk cni

http://payonline2u.blogspot.com/p/shopping-calender-2011.html

Related Posts with Thumbnails
 

iklan penaja

INFO ANDA

IP

INFO BLOG


web counter
BBDI Copyright © 2010