Keupayaan daya saing orang Melayu perlu diperkukuhkan

KUALA LUMPUR 6 Mei – Keupayaan daya saing orang Melayu perlu diperkukuhkan lagi melalui perubahan minda dan sikap supaya mereka dapat bersaing dengan bangsa lain di persada antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dengan cara ini, maka orang Melayu akan lebih yakin untuk bersaing di persada antarabangsa.

"Sebab itulah walaupun apa yang disebutkan sebagai tindakan afirmatif masih kita kekalkan tapi pendekatan kita... kita akan ubah supaya kita membantu orang Melayu yang ada potensi untuk mara ke hadapan.

"Dalam erti kata mereka telah diuji terlebih dahulu... mereka sudahpun terbukti kemampuannya dan kerajaan membantu mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih besar,” katanya dalam rakaman video YouTube melalui laman web www.1Malaysia.com.my beliau dalam menjawab satu soalan mengenai memperkasa minda Melayu.

Dalam konteks ini, Najib berkata, umpamanya kalau syarikat orang Melayu sudah berjaya, maka kerajaan hendak menjadikan syarikat berkenaan itu berjaya di peringkat rantau ini sebagai “juara serantau” dan kemudiannya sebagai “juara global” dan sebagainya.

Najib berkata, pendekatan ini juga bererti bahawa dalam persaingan sesama bumiputera, kerajaan akan memilih mereka berdasarkan pada merit. – Bernama

sumber: Utusan Malaysia Online

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

iklan penaja

INFO ANDA

IP

INFO BLOG


web counter
BBDI Copyright © 2010