Kenapa ramai orang yang membuka perniagaan di internet?

Kenapa ya? Dah ada kedai, dah ada office, buat apa nak buat perniagaan di internet lagi?

Sebenarnya, terdapat banyak sebab mengapa mereka membuka perniagaan di internet dan saya akan terangkan beberapa sebab yang utama.
Antara sebab utama mereka memulakan perniagaan di internet ialah untuk mencari sumber pendapatan sampingan. Pendapatan yang boleh digunakan untuk membayar ansuran kereta dan rumah, hutang, menampung kos sara hidup yang meningkat dan macam-macam lagi.

Sesetengah orang pula mahu menjadi bos sendiri, mengawal hidup mereka sendiri. Bila anda makan gaji, bos anda yang mengawal hidup anda. Anda kena masuk dan balik kerja mengikut masa yang ditetapkan. Cuti pun kena minta kebenaran daripada bos.

Ada juga yang mahukan lebih masa untuk diluangkan bersama-sama keluarga dan kawan-kawan. Masa kini, ramai yang merasakan mereka tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama orang tersayang kerana waktu kerja yang sibuk.

Selain itu, terdapat banyak lagi sebab mengapa mereka memulakan perniagaan di internet.

Kesesakan lalu lintas

Mereka tidak perlu bergegas pergi kerja awal pagi untuk mengelakkan kesesakan. Masa yang dibazirkan ketika terperangkap dalam kesesakan juga dapat digunakan dengan lebih baik. Mereka tentukan masa bekerja mereka mengikut kehendak mereka sendiri.

Kos untuk memulakan bisnes

Ini juga merupakan salah satu sebab yang utama mengapa ramai orang memilih untuk memulakan perniagaan di internet. Mereka tidak perlu menyewa premis dan mengambil pekerja untuk menjaga premis tersebut. Kebanyakan perniagaan di internet adalah secara automatik dan dilakukan melalui talian, maka kurang atau tidak perlu penggunaan dokumen yang banyak.

Seperti yang anda baca, ini adalah antara beberapa sebab yang baik mengapa memulakan perniagaan di internet merupakan salah satu pilihan yang bijak untuk anda.

3 Komen:

akuvision on Sunday, May 16, 2010 2:03:00 PM said...

betul tu, kalau kita nak memulakan perniagaan secara kovensional modal yang diperlukan adalah besar.

iJaN on Sunday, May 16, 2010 2:36:00 PM said...

selain tu, byk lg perkara yg perlu kita lakukan untuk memulakan perniagaan konvensional...

Bayar Online on Monday, December 20, 2010 6:54:00 PM said...

modal sy x byk.....

terpaksala jual online...ni pun p cc

Related Posts with Thumbnails
 

iklan penaja

INFO ANDA

IP

INFO BLOG


web counter
BBDI Copyright © 2010