Anda suka berjudi di internet?

Pernahkah anda dengar mengenai perjudian internet? Perjudian internet ini biasanya dijalankan di kedai-kedai yang menggunakan lesen kafe siber untuk menyembunyikan kegiatan haram mereka. Akhir-akhir ini, kafe siber yang menjalankan perjudian internet ini semakin berleluasa di Malaysia. Perkara ini membimbangkan pihak berkuasa dan mereka telah mengambil langkah drastik untuk membasmi kegiatan ini.

"Banteras perjudian Internet" adalah antara tajuk berita Utusan Malaysia Online semalam.

SEREMBAN 12 Mei – Kerajaan negeri hari ini melancarkan perang habis-habisan ke atas pengusaha kafe siber yang menjadikan premis mereka sebagai lokasi perjudian Internet.

Serentak dengan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengarahkan semua agensi penguat kuasa seperti polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), imigresen dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan operasi bersama bagi membanteras kegiatan tersebut daripada berleluasa.

“Saya mahu ingatkan pengusaha kafe siber, jangan jadikan premis mereka sebagai lokasi perjudian Internet atau mereka akan berhadapan tindakan undang-undang termasuk lesen dirampas.

“Saya mahu mesin judi Internet haram dirampas sebagai pengajaran kepada mereka. Banteras segera kegiatan ini sehingga ke akar umbi.

“Kita tidak mahu kewujudannya merosakkan jati diri rakyat serta menimbulkan penyakit sosial yang menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.


Daripada anda menghabiskan duit untuk berjudi, lebih elok duit itu anda laburkan untuk mempelajari ilmu dan memulakan perniagaan di internet. Siapa tahu anda suatu hari nanti anda juga akan bergelar "Jutawan Internet" seperti Irfan Khairi.

5 Komen:

Lt. fDanialz on Thursday, May 13, 2010 5:50:00 PM said...

hapuskan semua pusat judI~

Panduan Menghadapi Hati Yang Kosong Dan Putus Cinta

joegrimjow on Thursday, May 13, 2010 5:57:00 PM said...

judi pon dah dapat lesen besar

iJaN on Thursday, May 13, 2010 6:11:00 PM said...

makin ramai la yg jadi kaki judi musim World Cup ni...

Aidi-Safuan on Thursday, May 13, 2010 11:03:00 PM said...

hahaha...time world cup nih konfem la. kaya2. :P

iJaN on Friday, May 14, 2010 2:36:00 AM said...

hah...aidi ni ada hati ar nk g bet kn...

Related Posts with Thumbnails
 

iklan penaja

INFO ANDA

IP

INFO BLOG


web counter
BBDI Copyright © 2010